Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk setempat sempena Majlis Peluncuran Santuni MADANI di Kampung Baru Penaga.
KEPALA BATAS, 8 Mac (Iteenews) — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim mengesahkan hasratnya untuk bertanding kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan padaMei ini.
Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata hasrat itu adalah sebagai antaracara untuk beliau terus menyumbangjasa dalam parti.
“Adalah tidak adil kalau saya berada di pentadbiran negara tapi saya tidak main peranan aktif dalam kepimpinan parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui padaMajlis Peluncuran Program Santuni MADANI di Kampung Baru Penaga di sini, hari ini.
Adam Adli dalam pada itu berharap pemilihan kali ini akan berlangsung dalam suasana yang aman dan adil tanpa sebarang kekecohan atau insiden tidak diingini.
“Saya harap semua kekal utuh dengan prinsip integriti dan jangan kita cemarkan pemilihan ini dengan insidenataupun perkara yang tidak baik,” katanya.
Pada 26 Jan lepas, PKR dilaporkan memutuskan untuk mengadakan pemilihan bagi jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan.
Pemilihan peringkat cabangdijadualberlangsung dari 11 hingga 20 April ini, manakala pemilihan pucuk pimpinan pusat akan diadakan pada 24 Mei.
Pemilihan PKR kali ini juga dijangka 'panas' apabila Pengerusi Biro Antarabangsa PKRDatuk Seri Shamsul Iskandar Md Akindilaporkan berkata parti itu berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.