Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Tapah, Abdul Muhaimin Malek diumum sebagai calon PN bagi PRK DUN Ayer Kuning pada Majlis Pengisytiharan Calon PN PRK N.48 Ayer Kuning.
fb Perikatan Nasional
TAPAH, 8 April (Iteenews) — Pengerusi Perikatan Nasional (PN)TapahAbdul Muhaimin Malek, 43, diumumkan sebagai calon parti itubagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PASDatuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Pengumuman Calon PN di Padang Awam, Tapah Roadmalam ini.
"Kita telah membuat kajian di semua lapisan masyarakat …tentang ciri-ciri pemimpin atau calon yang diinginkan oleh rakyat Ayer Kuning.
"Pimpinan PAS, hasil tapisan mengikut keutamaan pada syarat dan kelayakan yang ditentukan, Majlis Syura Ulama PASbersama pimpinan PN telah membuat keputusan memilih Abdul Muhaimin sebagai calon kita untuk Ayer Kuning,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Tapah merupakan anak jati Ayer Kuning mampu merampas kerusi itu yang disandang Barisan Nasional (BN).
Turut hadir Presiden Parti Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Semalam, Setiausaha UMNO Bahagian TapahDr Mohamad Yusri Bakir diumumkan sebagai calon BNbagi PRK DUN Ayer Kuning.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini pula sekali lagi memilih Timbalan Setiausaha Agung PSM Bawani KSsebagai calonnya pada PRK itu.
PRK Ayer Kuning diadakan selepas penyandangnyaIshsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada25 Feb lepas.