Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat baru-baru ini menunjukkan sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar. Kementerian Pendidikan (KPM) diberi peruntukan sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion tahun ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan peruntukan tersebut adalah inklusif iaitu tiada pelajar akan terpinggir selain menerima manfaat. Bagaimanapun, kerajaan bercadang untuk mengenakan kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kumpulan berstatus T15. Tanpa disedari, ia mencetuskan tanda tanya dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya