Yakult pupuk kesedaran kepentingan menjaga kesihatan usus

pix yakult.jpgbaru

Kanak-kanak menyertai pertandingan melukis bersempena Program Usus Sihatm Anda Hebat! di Port Dickson baru-baru ini.

PORT DICKSON – Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Hospital UCSI, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Port Dickson untuk menganjurkan program berorientasikan komuniti bertajuk Usus Sihat. Anda Hebat!’

Pengarah Bersekutu Jabatan Perhubungan Awam dan Sains, Yakult Malaysia, Mazlyn Mena berkata, program yang diadakan bersempena Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia yang disambut pada bulan Mei setiap tahun itu juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan sistem penghadaman, hubungannya dengan kesihatan mental, serta kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kira-kira 150 pengunjung yang terdiri daripada penduduk di kawasan Seremban dan Port Dickson serta kakitangan daripada sektor awam, swasta, pelajar dan juga organisasi bukan kerajaan hadir dalam majlis ilmu tersebut,” katanya pada majlis pelancaran program tersebut di sini baru-baru ini.

pix yakult.jpg78.jpglatest

Mazlyn menerangkan, pengunjung program berpeluang menikmati pengalaman interaktif dan pendidikan melalui ceramah kesihatan oleh pakar perubatan, aktiviti interaktif, pengagihan sampel percuma produk Yakult, pemeriksaan kesihatan badan dan bengkel berkaitan penjagaan kesihatan.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen Yakult terhadap penjagaan kesihatan, pencegahan dan penglibatan komuniti.

“Kami bangga dapat bekerjasama dengan pihak Hospital UCSI untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan penjagaan usus dan kesannya terhadap kesejahteraan masyarakat secara keseluruhanya,”katanya lagi.

Selain itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Sains Yakult, Liew Wan Hui menerangkan, antara pengisian program adalah ceramah kesihatan oleh pakar perubatan mengenai kesejahteraan umum, pemakanan dan probiotik untuk kesihatan usus.

Menurutnya, pameran kesedaran kesihatan itu memberi pendedahan tentang kesihatan usus, kesihatan mental, probiotik, dan kesejahteraan keseluruhan.

ramai yakult.jpg12

“Kami juga mahu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang  Perkhidmatan Penghantaraan Yakult dari rumah ke rumah dan juga penganjuran sesi senaman ‘Ba Duan Jin’ yang diketuai oleh Master Ng Chee Seong dari Stesen Kesihatan Qigong ZIZAIFANG Seremban,” ujarnya.

“Yakult juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja yang bermurah hati dari Sunshine Bread, Fresh Life Mineral Water, dan wawasan Office atas sumbangan makanan, minuman, dan hadiah bagi menyemarakkan program ini,”katanya.

Menurutnya, inisiatif tersebut selaras dengan misi Yakult untuk menekankan kepentingan pencegahan penyakit serta memperkukuhkan pemahaman tentang hubungan antara usus dan otak, selain menggalakkan amalan gaya hidup yang lebih sihat.

“Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini mencerminkan falsafah korporat Yakult bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Kami berharap dapat menyebarkan kebaikan probiotik kepada orang ramai,”katanya. -https://amiminerals.org/