Wartawan Kosmo! antara penerima Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia

Tengku Sarafudin tiga dari kanan berkenan bertemu pengamal media yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen UUM ke 37 di Sintok.

Tengku Sarafudin (tiga dari kanan) berkenan bertemu pengamal media yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen UUM ke-37 di Sintok hari ini

SINTOK – Empat pengamal media termasuk Marlia Zakaria daripada Kosmo! berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia pada Majlis Konvokesyen ke-37 Universiti Utara Malaysia (UUM)

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin yang juga Pro Canselor UUM berkenan menyampaikan ijazah berkenaan kepada Marlia, Mohammed Shahril Sarapudin daripada RTM, Abdul Hadi Che Awang (Astro Awani) dan Amira Suraini Che Mohamad (TV3).

Menurut Marlia, 42, keputusannya untuk menyambung pengajian bagi memastikan ilmu dan kemahiran yang ada sentiasa relevan dalam industri kewartawanan era kini.

“Pengajian sarjana untuk saya tambah baik apa yang ada dalam diri terutama pengetahuan dalam bidang kewartawanan serta multimedia. Dalam dunia akademik, tiada istilah cepat atau terlambat, sebaliknya usaha berterusan selain berani mencabar diri sendiri,”katanya ketika ditemui hari ini. – https://amiminerals.org/