Warga emas maut, kereta terjunam dalam gaung sedalam 50 meter

Seorang warga emas maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam kira kira 50 meter di kilometer 26 Jalan Tampin Gemas berdekatan Kampung Tengah petang tadi. e1731243380630

Seorang warga emas maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di kilometer 26, Jalan Tampin – Gemas, berdekatan Kampung Tengah petang tadi.

TAMPIN – Seorang warga emas maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di kilometer 26, Jalan Tampin – Gemas, berdekatan Kampung Tengah, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda City yang dinaiki tiga sekeluarga.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kereta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun bersama dua penumpang termasuk ibu pemandu berusia 67 tahun dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Palong 1.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam gaung yang berada di sebelah kiri. Akibat kemalangan, ibu pemandu yang duduk di belakang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta mengalami kecederaan patah tulang belakang. Seorang lagi penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan di kepala dan menerima rawatan awal di Hospital Tampin. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – https://amiminerals.org/