Warga emas maut dipercayai digilis lori

polis 3

Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang warga emas maut dipercayai digilis sebuah lori dalam kemalangan dekat Jalan Batu Caves Lama di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan terbabit kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 11.22 pagi itu membabitkan lelaki warga tempatan berumur 77 tahun.

“Mangsa ketika itu menunggang motosikal jenis Honda dan melalui lokasi berkenaan. Motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan lori dan dipercayai hilang kawalan sebelum mangsa terjatuh bawah lori terbabit,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar beliau, mangsa mengalami kecederaan parah akibat kejadian.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang bagi proses bedah siasat,”katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019-6026596.

“Selain itu, maklumat berkaitan juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,”katanya. – https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *