SEBERANG PERAI – Lelaki asing yang mengorek bebola mata pemuda tempatan dalam kejadian pergaduhan berhampiran Flat Rathina, Tasek Gelugor di sini semalam ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, penahanan reman ke atas suspek dibuat bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
“Suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Tasek Gelugor sejurus selepas kejadian tersebut. Keterangan mangsa tidak dapat dirakam kerana dia sedang menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang,”katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki berdepan azab kehilangan bebola mata kirinya akibat dikorek warga asing dalam kejadian pergaduhan berhampiran flat di Jalan Ara Kuda.
Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa berusia 52 tahun yang dipercayai mabuk dikatakan mengganggu suspek menyebabkan warga asing itu naik angin. – https://amiminerals.org/