Warga asing cuba masuk Malaysia guna taktik \’transit\’

warga asing

GAMBAR HIASAN

SEPANG – Cubaan licik warga asing untuk memasuki Malaysia dengan menggunakan helah transit terbongkar apabila pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengesan taktik tersebut, Khamis lalu.

Menurut AKPS dalam satu kenyataan, dalam satu operasi pemantauan baru-baru ini, lebih 400 individu dari Bangladesh, Pakistan, dan India diperiksa.

Katanya, seramai 105 orang daripada warga asing tersebut tidak memenuhi syarat kemasukan dan diarahkan pulang.

“Taktik yang digunakan adalah mengaku hanya transit di Malaysia sebelum menuju
ke negara ketiga.

“Namun, hasil siasatan bersama syarikat penerbangan mendapati tiket penerbangan ke negara ketiga dibatalkan sebaik sahaja mereka menaiki pesawat ke KLIA.

“Ini merupakan salah satu helah yang bertujuan mengaburi pegawai imigresen,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, AKPS akan terus mempertingkatkan pengawasan di semua pintu masuk negara, menambah baik mekanisme semakan, dan melakukan saringan teliti terhadap setiap
individu yang masuk atau keluar dari Malaysia.

“AKPS menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak, termasuk pegawai yang cuai atau bersubahat dengan mengenakan tindakan tatatertib serta undang-undang yang tegas kepada mereka,”katanya. – https://amiminerals.org/