KOTA KINABALU – Seorang wanita parah dihempap serpihan konkrit selepas lantai tingkat satu sebuah bangunan kedai di Kompleks Segama di sini runtuh secara tiba-tiba hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Wang Way, 55, berada di tingkat bawah bangunan berkenaan yang menempatkan sebuah restoran.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8 malam tadi sebelum 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sembulan dikejarkan ke lokasi runtuhan.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat runtuhan lantai dalam bangunan. Maklumat menyatakan terdapat seorang mangsa wanita dihempap konkrit.
“Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh orang awam sebelum ketibaan anggota bomba di lokasi berkenaan,” katannya.
Difahamkan, lantai bangunan di tingkat satu yang runtuh menempatkan rumah penginapan, namun tiada laporan membabitkan mangsa dari premis terbabit. – https://amiminerals.org/