Wanita direman sebar gambar tak senonoh cikgu

WhatsApp Image 2025 06 02 at 3.19.01 PM

SUSPEK diiringi anggota polis selepas mendapat perintah reman selama dua hari bermula hari ini.

MELAKA – Seorang ejen insurans direman dua hari bermula hari ini selepas disyaki menyebarkan gambar tidak senonoh guru yang juga madunya, Mac lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Asyikin Rosli terhadap suspek berusia yang 53 tahun.

Ia bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, ibu kepada empat anak itu ditahan sepasukan polis kira-kira pukul 10.15 malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki.

“Suspek dikesan selepas madunya yang juga seorang guru berusia 47 tahun membuat laporan polis mendakwa wanita terbabit telah menyebarkannya gambar bogelnya.

“Guru tersebut terkejut apabila bapanya di Klebang dekat sini memberitahu ada menerima sepucuk surat daripada suspek beserta gambar bogel anak perempuannya itu dan suaminya,” katanya.

Ujarnya, mangsa membuat laporan polis pada 27 Mac lalu ekoran bimbang perbuatan suspek yang mengganggu keluarganya dan menyebarkan gambar aib dirinya.

Sementara itu peguam suspek, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh memberitahu pihaknya membantah permohonan reman selama empat hari dipohon polis. – https://amiminerals.org/