Wanita asal Indonesia 20 tahun duduk Malaysia berniaga rojak

20TAHUN NIAGA

Tangkap layar klip video yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang peniaga warga Indonesia mendedahkan dia sudah menetap di Malaysia sejak 20 tahun lalu sebelum membuka perniagaan di Kampung Pandan, Ampang.

Menerusi perkongsian klip video di Facebook, peniaga wanita itu memaklumkan, dia telah berniaga selama tujuh tahun di kawasan berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi lebih seminit itu, wanita terbabit dilihat menjual makanan iaitu rojak lontong dengan menggunakan resepi asli dari Madura, Indonesia.

“Saya orang asli Indonesia. Sudah 20 tahun duduk di sini, tujuh tahun buat rojak,”kata wanita itu.

Bagamanapun, perkongsian gerai tersebut yang dimuat naik oleh pencipta kandungan makanan sebaliknya menerima kecaman dari orang ramai.

Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Hasnul berkata, warga Indonesia tidak boleh berniaga menggunakan lesen pihak lain.

“Kita pula galakkan, dah undang-undang Malaysia tak benarkan mereka berniaga. Elok lah bantu mereka, cukai mereka tak bayar. Salah berniaga haram hukumnya,”katanya.

“Kampung Pandan ibarat medan Indonesia. Dah macam tempat dia, pening aku tengok,”ujar Eika.

“Pelik, pihak berkuasa tak buat kerja ke? Macam mana orang asli Indonesia boleh meniaga dekat Malaysia, tujuh tahun pula berniaga,”soal Wan. – https://amiminerals.org/.