\’Walaupun hanya beberapa bulan, mereka seperti anak saya\’

CIKGU ARWAH

Gambar yang dikongsi di Facebook milik Azlinda Ridhuan

PETALING JAYA – Seorang pensyarah menyifatkan tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun semalam sebagai seorang yang rajin dan sentiasa bersemangat.

Azlinda Ridhuan berkata, beliau terkejut menerima perkhabaran membabitkan dua pelajarnya, Khairil Anwar Jamaludin, 20, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi,20, yang maut dalam kemalangan tragis berkenaan.

Katanya, seorang lagi pelajarnya, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, cedera.

“Saya berdoa untuk keselamatan pelajar-pelajar saya, tetapi apabila disahkan tiga daripada mereka adalah dari fakulti saya, air mata mula mengalir tanpa henti,” kata dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Azlinda turut mengenang kenangan manis bersama ketiga-tiga penuntut tersebut yang disifatkan sebagai rajin, bersemangat, dan sangat dekat di hati.

Beliau juga berkongsi kebaikan penuntutnya apabila rajin membantu bagi memastikan majlis Aidilfitri anjurannya berjalan lancar.

“Walaupun hanya beberapa bulan, saya sudah menganggap mereka seperti anak-anak saya sendiri.

“Saya berdoa agar keluarga mangsa diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini dan berharap mereka dapat menerima ketentuan takdir dengan sabar.” ujarnya. -https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *