PETALING JAYA – Waktu makan malam memainkan peranan besar dalam kesihatan dan masa terbaik menikmati hidangan adalah antara pukul 6 petang hingga 7.30 malam.
Public Health (PHM) dalam satu hantaran di Facebook memberitahu, makan malam lebih awal mengurangkan risiko masalah seperti pedih ulu hati dan asid refluks.
Katanya, apabila seseorang menikmati hidangan malam antara pukul 6 hingga 7.30 malam, ia sekali gus memberikan ruang kepada sistem pencernaan untuk bekerja dengan lebih efisien sebelum waktu tidur.
“Apabila perut diberi waktu mencukupi untuk mencerna makanan sebelum tidur, tubuh tidak perlu ‘bekerja keras’ di malam hari, membolehkan tidur lebih nyenyak dan berkualiti.
“Makan lewat malam cenderung menyebabkan tubuh menyimpan lebihan kalori sebagai lemak, berbanding makan awal di mana tenaga yang diperolehi boleh digunakan dengan lebih berkesan,” ujarnya.
Dalam pada itu, bagi mereka yang mempunyai jadual ketat, PHM mencadangkan supaya memastikan makan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum tidur agar paras gula darah lebih stabil serta mengurangkan gangguan tidur.
Tidur yang berkualiti menjadi lebih mudah dicapai apabila tubuh berada dalam keadaan yang bersedia dan tenang. -https://amiminerals.org/