[VIDEO] Warga emas pakai kain batik ‘strike’ main boling

WhatsApp Image 2025 06 05 at 11.39.05

Tangkap layar video memaparkan aksi seorang wanita warga emas bermain boling sambil berpakaian kain batik.

PETALING JAYA – Aksi seorang wanita warga emas berpakaian kain batik ketika bermain boling mencuri perhatian netizen selepas berjaya melakukan ‘strike’ dalam satu lontaran santai.

Menerusi hantaran di TikTok milik @Mamawati, menunjukkan warga emas tersebut bersahaja menggolekkan bola boling sekali gus menjatuhkan semua pin yang ada.

“Hebat nenek ni.. ‘strike’ saja ..masa muda mesti wakil Negeri ni.. kain batik bukan penghalang..syabas!!,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan kagum dengan kemahiran wanita warga emas itu.

“Pakai kain batik pun boleh tunjuk ‘skill’ (kemahiran).. Jangan main-main dengan orang lama ni,” kata Rozita.

“Mak saya pun macam tu..baling pun santai-santai je..skali ‘strike’ memanjang..yang kita ni, beria baling, ke longkang juga,” seloroh Adriana.

“Bagus nenek pandai main boling, saya dah 50-an pegang bola boling pun belum,” ujar Zila.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 66,700 tanda suka, 1,714 komen dan 22,500 perkongsian. – https://amiminerals.org/

@jahlelawati_ hebat nenek ni.. strike saja ..masa muda mesti wakil Negeri ni.. kain batik bukan penghalang..syabas!!💪 #nenekchampion #bowling# #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Bowling All Day – Late Night Luke