[VIDEO] Wanita murung diselamatkan lari di Lebuh Raya Persekutuan

Untitled design 2025 01 20T092425.524

Tangkap layar kejadian itu.

SHAH ALAM – Seorang wanita yang tular yang dikatakan berlari ‘berkaki ayam’ di bahagian tengah Lebuh Raya Persekutuan sebelum diselamatkan pengguna jalan raya didapati mengalami masalah kemurungan.

Video mengenai wanita berusia 23 tahun itu tular menerusi beberapa video memaparkan dua orang awam memegang wanita sehingga polis tiba berhampiran sebuah stesen minyak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 7 pagi semalam daripada ahli keluarga wanita itu.

“Dipercayai wanita tersebut mengalami masalah kemurungan dan keluar rumah tanpa pengetahuan keluarganya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, wanita tersebut telah selamat diserahkan kepada keluarganya semula. – https://amiminerals.org/

View this post on Instagram

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)