[VIDEO] Wanita cemas diekori di tempat letak kereta

GambarHIASAN24 temp sexabuse moles depress sephia 1

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia diekori seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada di tempat letak sebuah pusat beli-belah terletak di Shah Alam, Selangor.

Menceritakan kejadian tersebut di TikToknya @Yzmeen, wanita itu berkata dia berjalan ke kereta seorang diri sebelum tiba-tiba ada seorang individu yang mengekorinya dari belakang dengan berjalan laju.

“Saya cuba pandang dia dan dia berjalan dengan laju sehingga membuatkan saya berasa berdebar-debar dan sangat takut.

“Masa saya dah sampai ke kereta, dia berada sangat dekat dengan kereta saya.

“Tetapi dia undur ke belakang dan berlaku pergi selepas ternampak ada kereta baru parkir berdekatan kereta saya,” ceritanya.

Sehubungan itu, wanita tersebut berpesan kepada sesiapa sahaja yang pergi ke pusat beli-belah seorang diri agar lebih berhati-hati.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menyuarakan kerisauan dengan kejadian itu dan ada juga mengalami pengalaman yang sama ketika membeli-belah di pusat beli-belah itu.

“Saya pun pernah alami perkara sama ketika membeli-belah di sini, ada sorang lelaki ikut saya dan mak sepanjang hari,” kata Sabry.

“Takutnya zaman sekarang, nak pergi mana-mana tak selamat,” kata imyours.

“Hati-hati, sekarang ni ramai yang hilang,” kata Atiqah.K- Iteenews

@sachiyzmeenthis was at setia city mall btw my heart was beating so fast yaallah korang yang selalu sorang please, please jaga diri

♬ original sound – Yzmeen ☆

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *