[VIDEO] ‘Viva nak potong siapa, ada roh ke kat depan?’

VIVA VIOS TULAR VIRAL

Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta Perodua Viva secara tiba-tiba menukar lorong sebelum berlaku pertembungan dengan kenderaan lain.

PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Toyota Vios bertembung dengan Perodua Viva dalam satu kejadian yang dipercayai akibat pertukaran lorong secara mengejut.

Menerusi hantaran video dikongsi pengguna TikTok, @Bbymy01, kejadian dipercayai berlaku di laluan yang lengang tanpa kehadiran kenderaan lain di hadapan.

Rakaman berdurasi kurang seminit itu menunjukkan pemandu Toyota memecut laju sebelum cuba memotong sebuah Viva di lorong kiri.

Ketika cuba memotong, Viva terbabit tiba-tiba menukar lorong ke kanan menyebabkan pertembungan berlaku.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan tiada halangan atau kenderaan lain di hadapan Viva yang memerlukan ia beralih ke lorong kanan.

“Masa itu memanglah laju, meter naik 136 dan turun ke 132 kilometer sejam secara mengejut. Jangan cakap tak cuba brek, dah cuba brek dah pun.

“Laju sebab tak ada kereta di depan dan apabila nak dekat, tiba-tiba pula dia buat ‘signal’ dan terus masuk kanan,” dakwa pemilik akaun berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyelar tindakan pemandu Viva itu yang dianggap membahayakan.

“Viva tu nak potong siapa? Ada roh ke kat depan dia?” komen @Amadariii1.

“Apa tujuan dia nak masuk kanan? Nak elak hantu ke?” kata @Akshay berseloroh.

“Yang peliknya, untuk apa Viva tu nak tukar lorong? Depan dia bukan ada apa pun,” ujar @Nsrz67.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 40,000 tanda suka di TikTok – https://amiminerals.org/

@bbymy01PERHATIAN:masatu memang la laju , meter naik 136 dan turun ke 132 secara mengejut , jangan cakap xcuba brake . dah cuba brake dah pun . laju sbb xde kreta kt depan dan bila nk dkt tiba2 pula dia letak buat signal dan terus masuk kanan .

♬ original sound – R.A🌸