[VIDEO] Tuan dah meninggal, ikan setia menunggu diberi makan

ikan

Tangkap layar video beberapa ekor ikan haruan setia menunggu makanan daripada tuan yang telah meninggal dunia hampir tiga minggu lalu.

PETALING JAYA – Beberapa ekor ikan haruan setia menunggu tuannya untuk diberibmakan setiap hari, biarpun sudah hampir tiga minggu lelaki tersebut meninggal dunia.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok lanunderhaka, pemilik akaun tersebut memaklumkan, sebelum ini bapanya sering memberi makanan kepada hidupan air tersebut.

“Hampir tiga minggu dah tuan ikan kembali ke negeri abadi. Ikan pun macam sedih tuan dia tak ada dah. Arwah abah bagi makan nasi putih, habuk kelapa, kulit ayam.

“Hari-hari tuan bagi makan. Tuan asal tak ada dah, kami anak-anak lah bagi makan pula kat ikan. Pagi, tengah hari tuan dia bagi makan,”katanya menjawab pertanyaan orang ramai.

Lelaki itu memberitahu, bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menerusi ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan ikan-ikan haruan tersebut yang telah kehilangan tuan kesayangan.

“Tengok mata ikan tu pun dah sedih,”komen Syira Cosmetic.

“Mesti tuan dia bagi makan sambil bercakap. Tu yang ikan rindu,”ujar Julia.

“Ikan pun dapat rasa tuan dia dah tak ada,”kata Sarimah Ngadenan. – https://amiminerals.org/

@sofeamikayla19 Ikan pun mcm sedih tuan dia xdop dh😊#alfatihah ♬ suara asli – Nia Tobing