PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu lori yang berhenti untuk membantu menolak sebuah kereta yang rosak di tengah jalan raih perhatian netizen.
Menerusi perkongsian oleh Wan Riderr di Tiktok, dia turun dari lorinya dan membantu menolak sebuah kereta yang mengalami kerosakan di tengah lebuh raya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki berkenaan dan berharap lebih ramai individu mengamalkan sikap prihatin seperti itu.
‘Terima kasih abang lori atas bantuan yang diberikan. Semoga dimurahkan rezeki dan segala urusan dipermudahkan,”ujar Nani78.
“Semoga kebaikan ini dibalas dengan keberkatan rezeki dan perlindungan daripada segala kesulitan,”kata Bocah Angon 01.
“Tindakan yang wajar dicontohi. Harapnya lebih ramai yang mempunyai kesedaran untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan,”tambah Ultraman. -KOSMO! ONLINE