[VIDEO] Taman Sri Gombak dah macam zoo

WhatsApp Image 2024 12 04 at 18.06.17 1

Tangkap layar beberapa haiwan berkeliaran di kawasan perumahan Taman Sri Gombak.

PETALING JAYA – Kemunculan pelbagai jenis haiwan di kawasan perumahan dekat Taman Sri Gombak mencuri perhatian pengguna di media sosial.

Menerusi perkongsian klip video di Facebook, memaparkan beberapa haiwan reptilia dan mamalia berkeliaran di kawasan berkenaan.

Antaranya adalah kera, biawak, tupai dan juga sekumpulan babi yang dilihat sedang mencari makanan dengan menerjah tong sampah rumah di situ.

Menurut seorang pengguna media sosial, Que Kasih, memaklumkan bahawa perkara itu merupakan pemandangan yang biasa bagi penduduk di Taman Sri Gombak.

Bagaimanapun, rata-rata berseloroh bahawa Taman Sri Gombak boleh dijadikan safari atau mini zoo kepada orang ramai.

“Boleh bukak mini zoo. Ada babi, ade kera, ada biawak, ada ular. Boleh tukar nama kepada Taman Safari Sri Gombak,”kata Hafifi.

“Dimana-mana sekarang, monyet semakin banyak membiak. Tapi nak salahkan binatang habitatnya pun sekarang sudah terancam,”jelas Nizam. – https://amiminerals.org/