[VIDEO] ‘Tak sempat membuang dah tercicir’

cirit

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Sebuah video tular baru-baru ini memaparkan keadaan luar biasa sebuah pintu tandas dipercayai di atas kapal yang dilengkapi dengan beberapa selak pintu.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @iwan_travelandtour itu mendapat perhatian netizen sehingga ada yang berseloroh mengatakan pengguna tandas tersebut mungkin tidak sempat membuang ‘hajat’ kerana mengambil masa terlalu lama hanya untuk menutup semua kunci pintu.

“Ini kalau tengah emergency (kecemasan), tak sempat membuang dah tercicir,” kata pengguna @Herrien99.

Seorang lagi netizen berjenaka, dengan menyifatkan tandas tersebut seperti sebuah bilik harta karun yang memerlukan kawalan keselamatan berganda.

“Harta yang ditinggalkan dalam itu adalah sangat bernilai. Sebab itu kawalan keselamatan dia diutamakan, macam bilik harta karun,” selorohnya.

“Tak lemas ke bang duduk dalam,” soal pengguna TikTok yang lain.

Walaupun ramai menganggap situasi itu melucukan, ada juga yang memahami kemungkinan di sebalik langkah tersebut adalah demi keselamatan pengguna.

“Mungkin atas kapal ni ada pengalaman buruk sebelum ni, sampai kena kunci macam ni,” kata Azri.

“Ini adalah langkah keselamatan tambahan bagi memastikan privasi dan keselamatan pengguna terjamin ketika di atas kapal atau feri. Ombak laut kuat, kalau tak begini, mau terbuka masa sedang ‘berhajat’,” kongsi Hasif. – https://amiminerals.org/