[VIDEO] Tak sampai hati tengok kasut murid berlubang, guru belikan baharu

TULAR VIRAL KASUT MURID GURU

Tangkap layar video tular memaparkan cikgu tersebut membelikan sepasang kasut baharu buat anak muridnya.

PETALING JAYA – ‘Sebenarnya bukan murid itu yang diuji, tapi saya yang diuji untuk tengok sahaja atau berbuat sesuatu’.

Itulah kata-kata seorang guru yang mencuri perhatian warga media sosial kerana sanggup membelikan sepasang kasut buat murid lelakinya.

Menerusi akaun TikTok @ainaanasss, kasut murid lelaki berkenaan kelihatan sudah lama dan rosak sehingga berlubang di bahagian tapak dan depan.

Murid tersebut turut menjelaskan jika keadaan cuaca hujan, pasti kasutnya akan dimasuki air di bahagian bawah sekali gus mengundang rasa sedih kepada guru berkenaan.

Guru itu kemudiannya membuat kejutan dengan membelikan dua pasang kasut yang berlainan saiz kerana tidak pasti ukuran kaki murid tersebut.

Usai mencuba, murid tersebut kedengaran sungguh gembira daripada suaranya meskipun wajahnya tidak dirakam di dalam video tersebut.

“Terima kasih Cikgu Aina, sayang cikgu,”kata murid tersebut.

Cikgu tersebut di ruangan komennya turut berkata, tiada lain yang diharapkan selain melihat murid-muridnya datang ke sekolah untuk belajar tanpa mengemukakan sebarang alasan.

“Anak-anak sekarang banyak alasan nak belajar sebab faktor-faktor macam ni. Jadi kita usaha sebaik mungkin biar mereka tak rasa susah nak datang sekolah dan belajar,”katanya.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 404,600 tontonan, 27,500 tanda suka dan 864 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berterima kasih kepada cikgu tersebut kerana menunjukkan contoh yang baik dalam menyantuni murid yang kurang berkemampuan.

“Terima kasih cikgu, setiap langkah dia berjalan dengan kasut baru tu, mengalir pahala cikgu,”komen Lin.

“Terima kasih cikgu, semoga dimurahkan rezeki cikgu selalu. Saya percaya anak murid tu nanti akan kenang jasa cikgu selamanya. Sebak saya tengik video ni,”komen Azlieyza.

“Mesti ibu dan ayahnya juga terharu. Mana ada ibu bapa yang tak mahu beri kesempurnaan hidup untuk anak-anak. Tapi rezeki kan tak sama. Alhamdulillah terima kasih cikgu,”komen Mama Su pula. – https://amiminerals.org/

@ainaanassssebenarnya bukan murid tu yang diuji, tapi saya yang diuji untuk tengok sahaja atau nak buat sesuatu 🥹

♬ Sound Sedih – Dj Kampoeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *