PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda memberikan tempat duduk tepi tingkap kepada wanita dalam penerbangan mencuri perhatian apabila ‘mak cik’ tersebut kelihatan khusyuk menikmati pemandangan luar.
Sebuah hantaran di TikTok oleh Firdaus Jaidil menunjukkan wanita tersebut tidak melepaskan peluang melihat awan dan panorama luar sepanjang perjalanan.
Menurut Firdaus, dia tidak menyesal memberikan tempat duduknya kerana wanita berkenaan begitu teruja, malah berasa puas dapat menggembirakan orang lain dengan cara mudah.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai dengan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan yang dianggap kecil tetapi bermakna itu selain menyifatkan ia contoh kebaikan yang patut dicontohi oleh orang ramai.
“Sebenarnya mak cik itu sedang merenung ke luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa. Menilai kehidupan dari sudut berbeza. Tidak memadai hanya kecapi rasa selesa,” ujar Saifuldin.
“Terbaik, bang. Semoga lampu isyarat sentiasa hijau untuk abang. Beli ayam dapat paha dan pergi Damascus tak payah beratur,” doa Zam.
“Tahniah, dik. Awak dahulukan dia. Cara dia tengok luar tu pun macam kali pertama naik kapal terbang,” kata Su. – https://amiminerals.org/
@firdausjaidil_ Let’s be kind to each other ❤️ #fyp #fypsarawaktiktok #malaysiatiktok #firdausjd #hopecore ♬ Jacob and the Stone – Emile Mosseri