[VIDEO] Suka Malaysia sebab ada makanan 24 jam

IRELAND PELANCONG

Tangkap layar memaparkan sebuah keluarga dari Ireland menikmati makanan tempatan sepanjang percutian di Malaysia.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga berasal dari Ireland yang melancong ke Malaysia menyifatkan pengalaman mencuba pelbagai makanan tempatan sebagai momen berharga percutian mereka kerana mampu mengeratkan hubungan.

Samantha, yang juga ibu dan isteri kepada keluarga itu berkongsi sebuah klip di Tiktok @Samantha.smith15 memaparkan setiap detik istimewa sepanjang keberadaan di negara ini terutamanya berkenaan makanan yang dinikmati mereka.

Menurutnya, dia menyifatkan pertanyaan seperti ‘sudah makan?’ merupakan cara rakyat Malaysia menunjukkan kasih sayang.

“Di Malaysia, kami belajar makanan bukan sekadar tentang makan, namun ia adalah cara orang di sini berhubung.

“Daripada soalan ringkas seperti ‘dah makan?’ sehingga setiap suapan, dapat mencipta banyak kenangan indah,”tulisnya pada ruangan kapsyen klip tersebut.

Sebelum ini, wanita itu pernah berkongsi satu hantaran sewaktu hari pertama tiba di sini dengan meluahkan rasa kagum akan kedai-kedianmakan yang menyediakan makanan meskipun sudah larut malam atau awal pagi.

Katanya, dia amat terkejut apabila setiap kedai makan di Malaysia menghidangkan jus tembikai kegemaran anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

“Jus tembikai segar di hampir setiap kedai di Malaysia. Ia merupakan kali pertama anak saya dapat menikmati jus tersebut dengan banyak,”katanya.

Selain turut menggemari nasi lemak, sate, dan aiskrim pada awal pagi, dia turut bangga dengan pemandangan yang indah pada waktu malam sepanjang berada di negara ini. – https://amiminerals.org/

@samantha.smith15 In Malaysia, we’ve learned food isn’t just about eating — it’s how we connect. From the simple greeting “Dah makan?” (Have you eaten?) to sharing dishes at the table, every bite created beautiful memories. Thank you for teaching us ❤️ #malaysia #malaysiafood #foodislove #malay #maken ♬ Who You Share It With – Layup