PETALING JAYA – Seorang pengguna aplikasi TikTok telah berkongsi satu suara misteri yang dirakam di sebuah tanah perkuburan pada 31 Mac lalu.
Berdasarkan perkongsian pengguna dikenali sebagai Emrozi_73 itu, terdengar jelas suara meraung menyebut ‘panass, arrghhh’ di tanah perkuburan itu.
Malah pada video terbabit juga kelihatan beberapa orang individu berada di sekitar tanah perkuburan terbabit.
“Video dan audio original, sila naikkan volume untuk dengar suara dengan jelas, 31 Mac 2024 pukul 10.32 pagi.
“Baru hari ini perasan ada suara misteri, semoga roh-roh arwah di perkuburan ini ditempatkan dikalangan para syuhada,”tulisnya.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi tanah perkuburan terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan misteri di tanah perkuburan sebelum ini.
“Saya pun nak kongsi, saya ziarah kubur suami seorang diri, dengar suara budak-budak bermain beramai-ramai dalam hati siap bawak budak-budak tapi tengok tak ada. Memang tak fikir apa-apa, dalam perjalanan balik rupanya tak jauh dari kubur suami,”kongsi @safiahendot.
Turut berkongsi pengalaman sama adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Eyka Abdullah.
“Benda ini mengigatkan saya masa sekolah rendah dan masih ingat hingga ke hari ni. Saya melawat kubur arwah nenek, dalam perjalanan pergi ke kubur arwah saya dengar orang menangis menjerit-jerit,”ujarnya.-https://amiminerals.org/
@emrozijusoh Assalamualaikum slmt malam.. #sedikitperkongsian #suaramisteri #videoasal #foryou #Al ♬ original sound – EMROZI_73