PETALING JAYA – Anggota bomba berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk dua warga emas dari beberapa buah rumah berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, Subang Jaya, yang terbakar pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor berkata, kebakaran masih berlaku dan pihak Petronas telah menutup injap saluran paip yang terbakar.
“Kebakaran masih berlaku dan pihak Petronas telah menutup valve saluran paip yang terbakar (masih belum diketahui berapa jarak valve tutup).
“Api juga telah merebak ke beberapa buah rumah di sekitar kawasan kebakaran dan anggota bomba telah berjaya mengeluarkan tujuh mangsa (dua warga emas),”katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun katanya, jumlah mangsa dan (tahap) kemerebakan api di sekitar kawasan rumah masih belum diketahui. – https://amiminerals.org/
View this post on Instagram