[VIDEO] Semua nak berkungfu

kung fu

Tangkap layar perkongsian orang ramai yang mengikuti tren kung fu di TikTok

PETALING JAYA – Tren kung fu kini mendominasi video di TikTok dan menjadi ikutan pengguna aplikasi tersebut sepanjang minggu ini.

Ia dilihat seperti tren sempena Tahun Baharu Cina apabila seni mempertahankan diri yang popular dalam kalangan masyarakat Cina itu dipilih bagi mewarnai hantaran di TikTok sejak Rabu lalu.

Tinjauan Kosmo! di TikTok mendapati, lebih 2.3 juta video berkaitan adegan memaparkan aksi orang ramai sedang berkung fu dimuat naik di aplikasi tersebut.

Ada yang lengkap berbusana pengantin juga tidak melepaskan peluang membuat video mengikuti tren terbaharu itu.

Bagi pengguna yang ingin menghasilkan video tersebut, mereka perlu memuat naik aplikasi tambahan iaitu Hailuo AI menerusi App (Apple) Store atau Play Store.

Bagaimanapun, ada pengguna yang meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa menunggu hampir sehari untuk proses memuat naik video tersebut yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“568 minit gais,” kata @Arr Emm.

“Fighting (berjuang), sebab nak berkung fu, 687 minit tunggu video siap, jauh sampai China gamaknya,” kata Hairy.

“Video pendek ja, prosesnya sehari menunggu, yang tabah sahaja yang mampu,” luah Syafiqah. – https://amiminerals.org/

@rasyujourney Ai Kungfu Trend #kungfutrend #ai ♬ Kung Fu – DJ MZ