[VIDEO] Selepas 12 tahun, bekas pertahanan Pahang timang zuriat pertama

Untitled design 2025 03 26T110306.784

Tangkap layar video Mohd. Saifulnizam atau Poyeng berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelakinya selepas menanti kira-kira 12 tahun untuk menimang cahaya mata.

PETALING JAYA – Impian bekas pertahanan Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan, 44, untuk menimang cahaya mata dimakbulkan Allah apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, selepas 12 tahun mereka menanti.

Mohd. Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram semalam.

“Bismillah, masya-Allah, Allah, tabarakallah, alhamdulillah syukur.

“Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun.

“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, amin. Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang, kakak,”katanya menerusi hantaran berkenaan.

Berita gembira tersebut turut mendapat ucapan tahniah daripada bekas ahli pasukan Syamim Yahya serta Razman Roslan.

“Tahniah ‘brader’,”kata Syamim.

“Alhamdulillah, tahniah. Semoga menjadi anak yang soleh,”kata Razman. – https://amiminerals.org/