[VIDEO] Sejak bila Halloween disambut di negara kita?

HALLOWEEN DEEPAVALI HIASAN

Antara perhiasan Halloween yang terdapat di pusat beli-belah ketika ini. – Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kecewa apabila mendapati beberapa pusat beli-belah mempamerkan dekorasi Halloween berbanding perayaan Deepavali yang disambut hari ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik pengguna TikTok, Pavidra, keadaan itu berlaku tahun ini berikutan Deepavali jatuh pada tarikh sama dengan Hari Halloween pada 31 Oktober.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan persoalan berikutan sambutan Halloween bukan adat mahupun budaya rakyat Malaysia.

“Mentang-mentanglah Halloween jatuh dekat Deepavali, siap ada ‘mall’ yang hias besar-besaran, untuk Deepavali itu diketepikan.

“Kalau tak nak layan Deepavali pun tak ada masalah, tapi sejak bila Halloween jadi festival dekat Malaysia?,”soalnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna bersetuju dengan hantaran tersebut selain turut berkongsi keadaan sama di pusat beli-belah yang mereka kunjungi.

“Betul, perhiasan Deepavali memang kurang, tapi Halloween lebih meriah. Baru semalam pegi pusat beli-belah di Kedah,”kata Suni.

“Sedih pergi satu pusat beli-belah di Shah Alam, sikit saja perhiasan Deepavali. Sebab anak-anak memang teruja tiap kali ada perayaan,”kata Julaiha.

“Betul, sejak bila kita sambut Halloween? Kawan saya agama Kristian pun tak sambut,”kata Jane.

Halloween asalnya merupakan perayaan Celtic purba dikenali sebagai Samhain yang disambut pada 1 November dalam kalendar kontemporari.

Perayaan itu disambut kerana ketika itu dipercayai roh orang mati pulang ke rumah mereka, jadi orang ramai akan memakai kostum dan menyalakan unggun api untuk menghalau roh tersebut.

Justeru, hiasan Halloween yang popular seperti ahli sihir, hantu dan bunian dikaitkan dengan perayaan tersebut. – https://amiminerals.org/

@pavidraroganathan Tak layan deepavali tu dah biasa, tapi kenapa Halloween diraikan? #deepavali #diwali #halloween #malaysia #agama #islam #hindu #buddha #christian ♬ original sound – Pavidra