PETALING JAYA – Sanggup beratur selama dua jam di pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
Itu antara ‘pengorbanan’ yang dilakukan bagi rakyat Malaysia yang memilih untuk menghabiskan masa cuti umum di Thailand.
Menerusi tinjauan di media sosial, orang ramai yang mengambil peluang bercuti ke Thailand terutama ke Hatyai berkata, keadaan di ICQS sudah sesak sejak awal pagi lagi.
“Baru lepas beratur, dua jam nak lepas,”kata Suami Xira.
“Beratur lama betul semalam tapi berbaloi pergi. Puas hati,”kata Jan.
“Aku memilih tak masuk Thailand musim cuti umum, tak sanggup dah berjam-jam dekat imigresen dengan Kastam sana, lambat,”kata Faiz.
“Baru rancang nak masuk sana petang ini, macam ini punya sesak, kena batalkan nampaknya,”kata Mackerel. – https://amiminerals.org/
@syfiqahhnim_ live update 31/10/2024 #hatyai ♬ original sound – dekqahh_