[VIDEO] Rumah teruk terbakar, bilik solat \’tak terusik\’

WhatsApp Image 2025 04 14 at 10.30.50 AM

Kediaman salah satu penduduk di Putra Heights terjejas teruk akibat tragedi kebakaran saluran paip, manakala bilik solat dalam keadaan baik.

PETALING JAYA – Sebuah bilik solat dalam salah satu rumah penduduk di Putra Heights masih dalam keadaan baik, walaupun kediaman tersebut terjejas teruk akibat tragedi kebakaran saluran paip.

Menerusi video dimuat naik oleh Exco Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Muhammad Najwan Halimi, beliau melawat salah satu rumah penduduk yang terlibat serta menunjukkan keadaan bilik solat di situ.

“Salah satu rumah terjejas teruk, tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya.

“Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudah segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin,”katanya pada kapsyen video semalam.

Dalam ruangan komen, ramai mengucapkan syukur selain mendoakan mangsa-mangsa terlibat diberikan ketabahan dan kesabaran.

“Itulah makna di sebalik yang kekal. Hanya solat yang kekal sehingga kiamat,”komen seorang pengguna TikTok.

“Subahanallah tabarakallah saya percaya tuan rumah bagus amalannya. Semoga tabah semua yang dilanda ujian,”kata seorang lagi pengguna TikTok.

“Alhamdulillah, keajaiban Allah nak tunjuk kepada kita umat Islam. Mesti ada sesuatu amalan baik keluarga ni,”ujar seorang lagi individu. – https://amiminerals.org/

@najwanhalimi KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah ♬ original sound – Najwan Halimi