PETALING JAYA – Selepas teruk dilanda banjir pada minggu lalu, Rantau Panjang di Kelantan meriah apabila kembali menerima pengunjung, hari ini.
Menerusi perkongsian di laman TikTok Elynaaliviral, kelihatan kawasan perniagaan di kawasan berkenaan sesak dikunjungi ratusan pengunjung.
“Lama tak tengok Rantau Panjang jem. Terima kasih mari tolong beli barang tenggelam (banjir),”kata pemilik video itu.
Sehubungan itu, rata-rata seronok melihat suasana terbabit, namun berharap agar peniaga tidak mengenakan harga yang terlalu tinggi.
“Alhamdulillah, syukur rindu suasana macam ini,”ujar Aqilah.
“Harga itu yang penting jangan mahal sebab di Kuala Lumpur lagi murah,”kata Rusly.
Sebelum ini, media melaporkan daerah Pasir Mas termasuk di Rantau Panjang merekodkan mangsa banjir paling ramai di Kelantan iaitu 25,982 orang membabitkan 8,780 keluarga.
Bagaimanapun, setakat pukul 10 malam hari ini, keadaan banjir di daerah itu semakin pulih apabila mangsa menurun kepada 526 orang yang ditempatkan di tiga PPS. – https://amiminerals.org/
@elynaadliviral Lama dh xrasa gini #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡ #fypp ♬ original sound – ELYNAADLIVIRAL