[VIDEO] Rakam bawah kain wanita di pasar raya

IMG 20241217 WA0022

Tangkap layar seorang lelaki cuba merakam gambar bawah kain wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat, minggu lalu.

KUALA LANGAT – Tindakan jijik seorang lelaki tular ketika cuba merakam gambar bawah kain wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom di sini, minggu lalu.

Suspek melakukan sedemikian ketika mangsa berusia 20an sedang memegang troli di satu sudut di bahagian pasar raya itu dan kejadian itu tular menerusi video berdurasi 25 saat.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima kes gangguan seksual daripada mangsa tempatan itu kira-kira pukul 10.36 pagi, 9 Disember lalu.Katanya, ketika kejadian wanita itu sedang membeli-belah bersendirian  sebelum menyedari dirakam seorang lelaki tempatan.“Mangsa kemudian memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu dan mendapati suspek telah mengangkat kain dan cuba merakam ke arah bawahpakaian tersebut,”katanya hari ini.Tambah Akmalrizal, pihaknya masih giat mengesan suspek terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan,”ujarnya. – https://amiminerals.org/

View this post on Instagram

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)