[VIDEO] Pundi kencing berdarah masuk lintah lepas main air banjir

LINTAH

GAMBAR HIASAN – Foto Wikipedia

PETALING JAYA – Seorang doktor mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak bermain air banjir selepas seorang kanak-kanak berusia setahun empat bulan mengalami pendarahan kemaluan akibat lintah.

Menurut perkongsian doktor itu di TikTok, kanak-kanak terbabit dibawa ke bahagian kecemasan akibat pendarahan teruk pada kemaluan, memaksa ibu bapanya menukar lampin hingga empat kali sehari kerana penuh dengan darah.

“Ketika diperiksa, tiada luka atau kecederaan pada bahagian kemaluan, namun imbasan di pundi kencing menunjukkan sesuatu bergerak dan ternyata lintah telah masuk ke situ,”katanya.

Tambahnya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kanak-kanak tersebut bermain air banjir tanpa memakai lampin, memberikan peluang kepada lintah untuk masuk melalui rongga badan.

Doktor itu mengingatkan ibu bapa untuk memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak terjamin, terutamanya ketika musim banjir yang sedang melanda.

Sementara itu, perkongsian ini telah menjadi peringatan penting kepada masyarakat, terutamanya di kawasan yang terjejas banjir, untuk tidak memandang ringan risiko yang tersembunyi dalam air banjir. – https://amiminerals.org/

@safwapasirtumboh Sentiasa berwaspada ketika musim banjir terutama utk anak-anak kecil. 🤗 #prayforpantaitimur #klinikmesrawanitadankanak #kamisediamembantu #vaksinkanakkanak ♬ Very Sad – Enchan