[VIDEO] Penyanyi wanita berstatus isteri orang dibunuh kekasih gelap

pemyanyi dibunuh

PASUKAN polis membawa mayat mangsa yang dipercayai dibunuh kekasihnya di Taman Seri Mangga, Seksyen 1, Pokok Mangga, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang wanita yang juga penyanyi sambilan ditemui mati dipercayai dibunuh kekasih gelapnya dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga, Seksyen 1, Pokok Mangga di sini hari ini.

Kejadian menimpa mangsa berusia 52 tahun itu terbongkar selepas rakan serumahnya mahu memeriksa keadaan wanita itu yang dilihat tidak keluar bilik sejak Jumaat lalu.

Mangsa yang berstatus isteri orang dan mempunyai tiga anak menyewa di bilik tersebut bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya sejak enam bulan lalu.

Kali terakhir, teman serumah mangsa mendengar si mati bergaduh dengan teman lelakinya pada malam Jumaat lalu.

Rakan serumah si mati dikatakan terkejut apabila mendapati wanita itu dalam keadaan berlumuran darah atas katil selepas pintu bilik dibuka oleh teman lelakinya lalu menghubungi rakan baik mangsa.

Rakan baik mangsa seterusnya memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Menurut sumber, pihaknya yang melakukan siasatan di lokasi menemui mangsa sudah tidak bernyawa dan berlumuran darah, manakala kekasihnya berada berhampiran mayat wanita tersebut di dalam bilik berkenaan.

“Lelaki itu kemudian ditahan polis di lokasi, namun dia dibawa ke hospital kerana turut mengalami kecederaan,” katanya.

Polis turut menjumpai dua bilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu. – https://amiminerals.org/

View this post on Instagram

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)