PETALING JAYA – Kemunculan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam acara pertunjukan di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu negara hari ini, ternyata mendapat tepukan gemuruh dalam kalangan penonton.
Zii Jia yang menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih serta berseluar pendek tampil memukau mata penonton dengan lagak jalannya penuh bersahaja.
Menerusi semakan Kosmo! di media sosial, ramai yang memuat naik video Zii Jia ketika sedang ‘catwalk’ di atas pentas sehingga nama atlet negara itu menjadi ‘trending’ di X dan Facebook.
Sementara itu, selepas selesai sesi ‘catwalk’, Zii Jia sempat menunjukkan kepada orang ramai pingat gangsa yang dimenanginya dalam aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 lalu.
Beliau juga memberi peluang kepada penonton yang hadir untuk menyentuh dan merasai pingat keramat yang dimilikinya itu.
“Wahh, Lee Zii Jia ‘catwalk’, memang menyerlah. Terbaik,” kata Rehana.
“Handsome (kacak) gila,” puji @frahmzn.
“Sesuai sangat Lee Zii Jia jadi model, tinggi dia ada, muka pun segak, cuma masih nampak muka tahan malu berjalan depan orang ramai, lepas ini anda akan lagi terkenal,” kata Suzann.
“Lepas ini mesti banyak ponteng latihan badminton sebab nak pergi kelas modeling,” seloroh Intansafinas. – Iteenews
@anistaqwa #leeziijia #catwalk #victorxlzj ♬ original sound – Anistaqwa