PETALING JAYA – Tindakan seorang penjual buah melintas jalan raya secara melulu mengundang padah apabila dirempuh sebuah motosikal.
Melalui sebuah video yang tular di Thread, penjual buah tersebut dilihat cuba melintas ke seberang jalan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau.
Sebuah motosikal kemudian merempuh lelaki berkenaan dan turut melanggar sebuah lagi kereta.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan peniaga buah tersebut yang dikatakan menjadi punca kemalangan terbabit berlaku.
“Dulu dah ada larangan dah tak boleh jual begini.. Bila polis buat kerja adalah segenlitir cakap polis atau orang atasan tutup periuk nasi orang. Keselamatan ditolak tepikan,” kata Nurnilamsari.
“Berhentilah meniaga dekat jalan raya .. menyusahkan bila jadi macam ni,” kata Padnia.
“Semua larangan ada sebabnya. Sedangkan bawak kenderaan atas jalan raya pon ada risko, inikan pulak jalan kaki. Tapi tulah, kalau pihak berkuasa ambil tindakan, kata tutup periuk nasi,” kata Hashi.
Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 50,000 tontonan. – https://amiminerals.org/
View this post on Instagram