PETALING JAYA – Terdapat segelintir pengemis yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berpura-pura dilanggar kenderaan sekiranya tidak memperoleh wang daripada orang ramai.
Menerusi video rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan yang dimuat naik di platform X, lelaki yang tidak berbaju itu dilihat berdiri di depan sebuah kereta dipercayai di ibu negara untuk mengemis sambil memegang perutnya.
“Lelaki ini datang dan minta wang. Malangnya, saya tidak mempunyai wang tunai. Dia berdiri di depan kereta saya sehingga lampu bertukar hijau. Saya (menyembunyikan) hon. Dia tiba-tiba jatuh dan pura-pura saya terlanggar dia,” katanya.
Pada saat ke-17, jelas kelihatan lelaki tersebut secara tiba-tiba jatuh ke atas jalan seolah-olah dilanggar oleh pemandu kereta, sedangkan kenderaan itu tidak bergerak.
Hantaran itu meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mana rata-rata mereka mengecam tindakan peminta sedekah tersebut.
“Bahaya juga untuk penunggang motosikal. Yang dalam kereta, boleh kunci pintu,” kata Naniko.
“Selalu tengok dalam filem, ni kita jumpa di Malaysia,”kata seorang lagi pengguna.
– https://amiminerals.org/
Kena improve lagi lakonan tu 🤔 pic.twitter.com/sSXrHwaxlE
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 11, 2024