PETALING JAYA – Dua pempengaruh dari Itali terkejut dan geleng kepala apabila pertama kali melihat apam balik piza, gabungan unik makanan Malaysia yang mencampurkan cita rasa tradisional dengan elemen piza moden.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh @lionfield, dua pempengaruh Itali itu dilihat sedang menonton video daripada Best Food yang memaparkan seorang lelaki membuat apam balik piza.
Dalam video tersebut, seorang lelaki memarut seketul keju, menambah sos tomato dan pepperoni, yang bagi masyarakat tempatan, merupakan perkara biasa.
Walaubagaimanapun, reaksi kedua-dua pempengaruh itu menunjukkan keterkejutan, dan pada akhir hantaran, salah seorang daripada mereka berkata, “Saya berhenti,”sebelum bergerak keluar dari pandangan kamera.
Hantaran ini mendapat perhatian pengguna media sosial tempatan yang kebanyakannya terhibur dengan reaksi kedua-dua pempengaruh tersebut.
“Kan aku dah cakap, jangan ubah pizza tu. Dia dah buat video. Nanti dia datang,” komen Syah Hussin.
“Dua orang Itali ni pun dah mengamuk dah,” ujar Adanan Sama.
“Marah dia sebab piza dari tempat mereka tak macam ni,” tulis Vae. – https://amiminerals.org/