[VIDEO] Nekad tinggal kerjaya, jaga ibu sakit

WhatsApp Image 2024 12 30 at 16.43.28 e1735548805680

Ramai memuji tindakan Wan yang dilihat sangat bertanggungjawab sehingga sanggup melupakan kerjaya demi menjaga ibunya di hospital.

PETALING JAYA – Seorang pelajar cemerlang nekad untuk melupakan kerjaya hidupnya buat sementara waktu demi menjaga ibu yang sedang sakit di hospital.

Tindakan murni lelaki yang dikenali dengan panggilan Wan mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya menyifatkannya sebagai anak soleh dan layak dijadikan contoh dalam kalangan anak muda.

Menerusi hantaran yang dimuat di TikToknya, Wan percaya bahawa setiap yang berlaku adalah perancangan terbaik Allah SWT untuknya.

“Allah has a beautiful plan for you (Allah ada rancangan terbaik untuk kamu). Insya-Allah itu rahsia Tuhan,” katanya.

Dalam masa sama, Wan berkongsi keputusan peperiksaannya bermula dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sehinggalah pencapaian di peringkat universiti.

“UPSR (4A), Pentaksiran Tingkatan Tiga (7A), Sijil Pelajaran Malaysia (7A), diploma dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.80 dan ijazah sarjana muda CGPA 3.99.

“Pekerjaan semasa adalah menjaga syurgaku (ibu), impian adalah buat ibu bangga,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bangga dan kagum dengan sikap tanggungjawab lelaki terbabit dan mendoakannya diberi ganjaran syurga kelak.

“Ini contoh anak soleh, patut dicontohi. Aku bangga dengan kau bro,” kata Aieman.

“Semoga syurga untuk awak dik (Wan). Besar pahala, tak semua mampu buat. Rezeki lebih di alam sana kelak,” kata Shababynkids.

“Ini patut kena bangga, tak semua boleh buat,” puji Qwerty.

“Anak yang hebat, lelaki yang hebat, insan yang hebat,” komen Dr. Zein. – https://amiminerals.org/

@john_rambooo Allah has a beautiful plan for you, InsyaAllah. Ini rahsia Tuhan #capcut #rahsiatuhan ♬ original sound – officialnohsalleh