PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mendapati keretanya dikelilingi pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok milik @R4dicalthoughts, wanita itu meluahkan rasa hairan kerana situasi tersebut berlaku secara tiba-tiba.
“Tadi waktu saya letak kereta, ramai je kereta lain sebelah. Saya datang balik, terus…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurutnya, dia tidak marah, tetapi berasa serba salah kerana seolah-olah menghalang ruang makan pelanggan.
“Saya tak kisah pun, cuma terkejut dan paling rasa malu. Mereka pun kemas meja selepas makan, jadi saya tunggu sajalah,” katanya.
Hasil tinjauan Kosmo! di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi tersebut, malah ada yang berkongsi pengalaman serupa.
“Nasib baik tak ada yang makan atas bumbung kereta,” komen @Atyyy4.
“Mesti orang fikir ada cabutan bertuah,” kata @Nemeyldamz.
“Kalau saya, memang tak mengaku tu kereta saya. Tunggu semua balik, kedai tutup, baru ambil,” gurau @Biskutbasiii00.
Insiden ini bukan sahaja mencuit hati ramai, malah memperlihatkan gelagat spontan pelanggan kedai makan yang seolah-olah tidak menyedari kewujudan kereta tersebut. – https://amiminerals.org/
@r4dicalthoughtsTadi waktu aku park ramai je kereta lain sebelah, aku datang balik terus 🥲🥲🥲💀💀 ♬ tob tobi tob – wsszx.7