[VIDEO] Nak cantik, muda tidur tutup lampu

tdur

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tip untuk kekal cantik dan nampak muda rupanya tidak sesukar mana apabila ada pakar menjelaskan tidak perlu membeli produk yang mahal tetapi hanya tidur dengan menutup lampu.

Melalui satu klip video yang tular di Facebook hari ini, pakar tersebut menjelaskan mengenai melatonim iaitu hormon semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar pineal.

Kelenjar tersebut ada dalam otak, berfungsi dalam mengatur pola tidur manakala pada malam hari jelasnya, tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin untuk membantu kita tertidur.

Malah jelas pakar tersebut lagi, dengan tidur bergelap, beberapa penyakit lain juga boleh diturunkan.

“Belajar tidur awal dan matikan semua lampu, skrin atau gajet. Tidur bergelap kalau bagi yang nak kurangkan diabetes. Kalau faham tugas melatonim, kita tidak akan sia-siakannya,”jelas pakar itu dalam klip video tersebut.

Katanya lagi, melatonim merupakan satu kelenjar yang ada dalam tubuh badan manusia mempunyai banyak kelebihan.

“Anda dilarang keras tidur pasang lampu. Kalau anda ada mak ayah pun, jika mereka tertidur pergi la tutup lampu. Awak cakap nak muda, nak cantik semuanya ada dengan melatonim tu, jadi tidur lepas ni tutup lampu,”jelasnya. – https://amiminerals.org/.