[VIDEO] \’Mereka lagi \’Melayu\’ daripada kita\’

WhatsApp Image 2025 05 25 at 12.08.58 PM

Tangkap layar video memaparkan beberapa pensyarah universiti luar negara fasih berbahasa Melayu.

PETALING JAYA – Beberapa pensyarah dari universiti luar negara menunjukkan kehebatan mereka apabila fasih berbahasa Melayu ketika ditemu bual seorang wartawan China baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik @latifahhuang di TikTok, pensyarah-pensyarah tersebut sememangnya mengajar bahasa Melayu di universiti di negara masing-masing.

Pensyarah yang pertama bernama Hiroki Nomoto merupakan tenaga pengajar di universiti bahasa asing di Tokyo, Jepun yang mengajar bahasa Melayu dan linguistik.

Pensyarah kedua pula bernama Saidadul yang mengajar Xi’an International Studies University diikuti dengan pensyarah ketiga iaitu Profesor Madya Chaiwat Meesanthan di Fakulti Sastera, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand.

Seorang lagi ialah Profesor Doktor Shao Ying atau lebih dikenali sebagai Adibah dari Beijing Foreign Studies Universiti yang mengajar di Jabatan Bahasa Melayu.

Lebih menarik lagi, terdapat pembelajaran seperti tatabahasa, bacaan percakapan, pendengaran, perbualan dan ungkapan serta huruf jawi yang ditawarkan buat pelajar yang mengikuti kelas bahasa Melayu di universiti-universiti tersebut.

Jelas tenaga-tenaga pengajar itu, kebanyakan pelajar akan bekerja dalam sektor kerajaan seperti Kementerian Luar atau kedutaan serta syarikat-syarikat yang bertapak di Malaysia atau Indonesia selepas bergraduasi.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 194,000 tontonan, 21,800 tanda suka dan 2,188 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang kagum melihat orang luar negara yang bersungguh mendalami serta fasih berbahasa Melayu.

“Malu kita orang Melayu, tapi campur Melayu-Inggeris dalam percakapan seharian. Mereka lagi menjaga bahasa daripada kita,”komen Anya.

“Hebat sangat mereka berbahasa Melayu. Kagum dengar sepatah-sepatah mereka bertutur,”komen Nurul.

“Orang luar sangat memperkasakan bahasa Melayu. Lain dengan orang kita. Contoh yang sangat baik, boleh diikuti,”komen Soul. – https://amiminerals.org/

@latifahhuang Bahasa Melayu Mendunia✨ Wawancara prof bahasa Melayu dari China🇨🇳, Jepun🇯🇵 dan Thailand🇹🇭 #fyp #foryou #viral #interview #bahasamelayu #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – Latifah Huang