[VIDEO] Masih relaks dikejar kambing

dikejar kambing

Tangkap layar wanita dikejar kambing biri-biri.

PETALING JAYA – Gelagat seorang wanita sedang melarikan diri kerana dikejar seekor kambing biri-biri di Cameron Highlands mencuit hati pengguna media sosial.

Melalui perkongsian di Tik Tok oleh @hhanaaaaa_01, wanita itu dilihat berlari menaiki bukit untuk menyelamatkan diri daripada kambing berkenaan di sebuah ladang.

Orang ramai terhibur dengan ‘ketenangan’ wanita itu meskipun sedang berlari daripada haiwan itu, dia langsung tidak mengeluarkan sebarang jeritan panik.

Malah, dia sempat menoleh ke belakang untuk melihat jarak antara dia dan biri-biri tersebut.

“Semua orang tak tolong kau kak. Semua tolong gelak je. Sampai mana tu kejar?,” komen Tengku Syaz.

“Kak, kalau saya ni kan, rasanya satu tempat tu dengar jeritan maut,” kata Jennie.

“Sempat akak toleh belakang ya, kalau saya dah menjerit-jerit dah,” tulis Julia.

“Ingat nak hilangkan stres, rupanya bertambah stres,” komen Erna. – https://amiminerals.org/.

@hhanaaaaa_01 Membalas kepada @Jennie ♬ bunyi asal – hhanaaaaa_01

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *