[VIDEO] \’Mak kejut buat persiapan raya, tapi kami Kristian\’

HARI RAYA AIDILFITRI

Tangkap layar video seorang wanita beragama Kristian berkongsi persiapan hari raya oleh keluarganya.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah lucu apabila ibunya mengejutkannya daripada tidur untuk melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun sebenarnya mereka sekeluarga adalah beragama Kristian.

Menerusi TikTok pipipipiww, wanita itu berkongsi video keluarganya mengemas rumah, memasak makanan hari raya selain menghidangkan biskut di ruang tamu untuk menyambut hari raya.

“Raya hari pertama. Mak saya kejut dan suruh kita kemas rumah, susun biskut raya dan dia pula sediakan makanan raya. Keluarga kami Kristian.

“Bukannya ada tetamu nak datang rumah,”katanya.

Dia turut menunjukkan makanan raya yang dimasak antaranya ketupat, nasi dan mi sup.

Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkongsian wanita itu selain ada juga rakyat Malaysia bukan Islam turut melakukan perkara sama menyediakan makanan hari raya di rumah.

“Suami saya siap beli bunga api sekotak. Saya duduk dapur saja masak lemang dan ketupat lepas balik dari gereja semalam,”komen M.Arlooo.

“Kawan pejabat saya India, tapi dia borong kuih raya kalah kami yang Melayu,”kata vwxyz.

“Seronok dan terharu tengok yang bukan Islam pun sambut hari raya. Selamat hari raya semua,”kata yin. – https://amiminerals.org/

@pipipipiwwAnd also bukannya ada tamu nak datang rumah? 😔♬ suara asli – 📍