PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna TikTok tentang gigi gajah yang ditemuinya di dalam sungai ketika masuk ke hutan, mendapat perhatian daripada pengguna media sosial apabila ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai struktur keras tersebut.
Menerusi video dimuat naik oleh Duan8302, lelaki itu menunjukkan gigi gajah bersaiz besar yang mana haiwan itu dipercayai sudah mati.
“Terjumpa barang berharga, harga saya tak tahu berapa, tapi berharga lah bagi saya. Gigi gajah, ni adalah sebelah atas daging dan ni tempat kunyah.
“Sebelum mati ia telah tanggalkan gigi. Bandingkan dengan gigi saya, besar ke kecil? Bayangkan gigi sebesar ni, tuannya besar mana?,”katanya pada video tersebut.
Menerusi ruangan komen, ramai yang kagum dengan perkongsian tersebut sekali gus menyifatkan sebagai pengetahuan baharu.
“Alhamdulillah, baru tahu rupa gigi gajah. Terima kasih kongsi ilmu,”komen seorang pengguna TikTok.
“Aku 45 tahun baru tahu macam mana gigi gajah. Aku ingat tadi fosil binatang purba,”komen seorang individu
“Lah gigi gajah rupanya. Pernah jumpa dalam bukit sampai bertengkar dengan kawan sebab gigi ni. Ada kata fosil ulat, ada kata batu. Rupanya dua-dua salah, apa pun terima kasih atas ilmu bang,”ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, ada seorang pengguna mencadangkan kepada lelaki tersebut untuk menjual gigi gajah itu.
Bagaimanapun, Duan8302 memberitahu tindakan menjual gigi gajah itu salah di sisi undang-undang. – https://amiminerals.org/
@duan8302 assalamualaikum sahabat2 semua..akibat kene marah sbb xdengar .kite post versi asal..maaf la kualiti suara xjelas sebab tepon murah..maafkan sy tuan2. #fyp #fypシ #foryoupage #fypdong #viraltiktok #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Duan