PETALING JAYA – Seorang gadis meraih perhatian orang ramai apabila wajahnya dikatakan sangat mirip dengan penyanyi popular dunia, Lisa daripada kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink.
Ramai yang hampir ‘tertipu’ sehinggalah individu berkenaan tampil bercakap menggunakan lohgat kedah.
Menerusi perkongsian video @Amylia Aidura, gadis itu memaklumkan bahawa dia dan neneknya mahu membuat ketupat palas.
“Ketupat palas dengan Tok. Teka la ‘hat’ last (akhir) tu ketupat jantan ka betina?,”katanya ringkas.
Majoriti netizen sangat teruja dan tidak putus-putus mengatakan dia dan Lisa kelihatan sangat serupa.
“Ada yang beritahu awak kelihatan seperti Lisa Blackpink?,”soal seorang netizen.
“Aku ingat Lisa Blackpink,”komen @Sham.
“Nah, Lisa Blackpink cakap guna loghat Kedah,”ujar @Shafiq Daud. – https://amiminerals.org/.
@a.aiduraTeka la hat last tu ketupat jantan ka betina? haaaa ♬ Jaithep Raroengjai_Grandma Home – Ganee