[VIDEO] Lelaki baran mengamuk, terbalikkan troli pasar raya

WhatsApp Image 2025 06 05 at 09.26.44

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki mencampak barangan sebelum menterbalikkan troli di sebuah pasar raya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mengamuk serta mencampak barangan sebelum menterbalikkan troli di sebuah pasar raya mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu perkongsian di laman X milik @Mhmmdhsm, lelaki itu yang memakai topi dilihat mengherdik seorang wanita dipercayai isterinya sebelum mencampak barangan ke lantai dalam kejadian yang dipercayai berlaku ketika pasangan itu sedang membeli keperluan sambutan Aidiladha.

“Suami durjana aku memang tak boleh sungguh lelaki baran tak kene tempat! Kau kalau ada masalah bincang dekat rumah bukan dekat tempat awam macam ini. Lelaki ni confirm naik tangan, percaya lah,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Difahamkan, pertengkaran tercetus apabila si suami tidak bersetuju dengan barangan yang dibeli isterinya.

“Aku tak nak, aku tak nak. Apa benda ni semua? Tak ada, tak ada, blah!”katanya kepada wanita tersebut

Namun, wanita itu dilihat mempertahankan tindakannya membeli barangan keperluan.

“Hari raya dah nak dekat. Awak jangan pandai-pandai. Hey, awak ambil balik. Tak ada! Awak ambil balik. Saya memang nak ambil ni,”balasnya kepada lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, pertelingkahan pasangan itu berjaya dileraikan orang awam yang turut berada di lokasi kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit yang disifatkan sebagai tidak matang dan memalukan.

“Cukup pantang lempar makanan macam ni. Harap lah mamat (suami) dalam video ni rezeki dia di sempitkan sebab baling-baling makanan macam ni,” kata @Evilfikri.

“Ini dekat rumah mesti naik tangan sebab dah biasa buat dekat rumah jadi dekat luar pun tak kisah.. ini lah lelaki yang tak guna,” komen @Luqmanhasif7.

“Benda boleh cakap elok-elok kot.. kenapa perlu buang barang macam-macam…buat malu kaum lelaki je..adoi,” kata @Musangberjangut. – https://amiminerals.org/