[VIDEO] ‘Lari nak buang lemak tapi lemak ikut sekali’

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTo

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2024 di Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini meriah apabila peserta turut dihidangkan dengan pelbagai makanan tradisional yang disediakan penduduk di sepanjang laluan terlibat.

Aktiviti yang sepatutnya menjadi acara sukan bertukar menjadi ‘maraton makanan’ apabila para peserta ‘disambut’ dengan juadah istimewa di setiap hentian pit.

Malah, terdapat sebuah kediaman penduduk turut menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu peserta terlibat.

Menerusi hantaran TikTok oleh Haziq Hatta, menunjukkan suasana di hentian pit pertama, yang mana para peserta berhenti untuk makan kuih dangai.

Ada juga tuan rumah yang menyediakan hidangan kacang kuda rebus selain kuih kaswi dan pelbagai jenis cucur.

Sambutan mesra daripada penduduk kampung itu telah menarik perhatian pengguna media sosial yang rata-rata memuji usaha mereka menyambut peserta larian tersebut termasuk yang datang luar negeri Perak.

“Inilah yang dikatakan lari nak buang lemak, tapi lemak ikut sekali,” komen Jai.

“Saya tidak boleh sertai larian macam ini sebab kalau di hentian pit saya berhenti makan, tak nak lari dah. Kena pula ada makanan sedap, duduk situlah sampai ke sudah,” kata Noraziwani.

“Larian ‘cheat day’ (hari rehat diet) ke ni?” seloroh Alif. – https://amiminerals.org/

@hazziqhatta Part 2. Ate komeeee sporting benor orang kualeeeee ni. Lari makan makan #pelarikonten #lariansultannazrinshah ♬ Run Boy Run – Woodkid